Wednesday 30 November 2011

Selamat tinggal SPM dan Sekolah ~

Assalamualaikum wahai warga Blog sekalian? Apa khabar ya awak semua? Dah tentu lah korang faham kan kenapa aku update latest topic ni? OK. Biar aku meningkah dulu sebelum perbicaraan bermula. "SELAMAT TINGGAL SPM! GOODBYE SPM!" haha. Aku tak berapa berani nak sebut Selamat tinggal sekolah dengan happy nya, sebab aku tahu juga satu hari nanti aku pasti akan rindu sekolah semula. Nak buat macam mana lagi kan? Masa dah tiba, so bergerak je lah dari sekarang. Susah nak terima hakikat yang aku ni sebenarnya dah habis sekolah. Hari ni, 30 November 2011, kebanyakan pelajar yang ambik jurusan Sains Tulen dah pun berjaya tamatkan sesi beban dengan buku. Maknanya dah habis sekolah juga lah. Jujur nak cakap, Paper BIOLOGY tadi memang susah gila nak mati. No doubt. hmm. Banyak careless mistakes tapi dah terlambat pun. So, lupakan jelah. Sekarang ni cuma mampu doa doa doa dan DOA sahaja :) . Plan lepas SPM? Sudah semestinya nak HANG OUT sana sini. Merayau sana sini sampai bosan. Haha. Plan lepas SPM ni memang banyak, tapi aku cuma boleh merancang, yang menentukan nya, Allah swt jelah. Harap semua yang aku rancang dapat jadi kenyataan. Amin. Ok. balik pada topik, Apa perasaan lepas SPM? Of course la kan rasa happy seronok excited semua. Sebabnya beban yg dipikul selama ni macam dah lenyap macam tu je. Semua yg terjadi dekat sekolah dapat diukir sebagai kenangan je. Dah takde lagi pakai baju sekolah, bangun awal-awal pagi, jalan kaki ke sekolah, duduk dalam kelas tengok cikgu mengajar, jumpa cikgu-cikgu yang sporting. Hidup lepas SPM ni, aku tahu memang lagi banyak cabang apatah lagi cabaran kan? Kenalah siap sedia dari sekarang ni. Oh kejap, aku tahu sebelum ni aku banyak buat dosa dekat sekolah. Setiap pelajar pun sama je. Memang akan buat kesilapan kan? hehe. Secara officialnya, Aku bukan lagi budak sekolah. So, Thanks for everything SMK PUCHONG PERDANA :)


Sekolah, kepada yg belum habis sekolah. teruskan perjuangan anda. Perjalanan saya di sekolah telah tamat. terbuku dalam album kenangan je :)

1 comment: