Monday 19 March 2012

If We Ever Meet Again ~

Assalamualaikum and haiiii :D Haha bertemu kita sekali lagi dalam lembaran terbaru kali ini. Oh jap, aku terasa nak guna Bahasa Melayu ni. Nanti-nanti aku post balik dalam English :) Sebelum tu, korang semua sihat kan? Alhamdulillah. Hehe. Maaf kerana agak lama jugak aku tinggalkan blog aku sorang-sorang :D Haha sebabnya terang-terang aku malas nak update and takde idea sebenarnya :D Tapi hari ni terasa nak update sebab ada event berlaku :) Apa eh? Ni ha nak bagitau, masa hari sabtu 17 Mac hari tu, aku hang out dengan kawan baik aku ni ha, shafeeq :D Haha. sepatutnya ingat nak keluar masa 16 Mac, tapi hari tu aku keje so tepaksa postpone hari sabtu sebab sabtu aku cuti. Kitorang pegi lepak dekat Mid Valley :) Aku dengan selamba badak nya pegi sana sorang-sorang naik bus. Dia datang dengan sedare dia yg kecik comel molek tu. Heheh. Bende pertama kitorang buat, of course la jumpa dulu. Oh jumpa tepat-tepat dekat tangga nak naik KTM tu. Bak kata shafeeq tu hah, KTM tu Keretapi Terlambat Malaysia :D HAHAH. Takpe weh nanti aku pulak try KTM tu pegi tempat kau pulak ye bawak aku jalan-jalan kat sana :) Lepas tu, Kitorang pegi lah tengok movie sebagai satu pelengkap aktiviti. Cerita John Carter kan? Sebenarnya aku sendiri tak paham cerita tu. Tiba-tiba Jasoom Barsoom Jeddak bagai. Hahha macam-macam lagi. Aku tengok jelah movie tu. Yelah dah berbayar kang blah camtu je membazir lah pulak. Oh ha! Aku dengan shafeeq ada beli satu baju ni, baju yg sama :D Haha baju tu warna kuning. Lawa aku pon suka. Ni first time aku shopping baju warna kuning. Tak lupa jugak, ada seorang lagi memeriahkan suasana ;) Haha tak sangka Si Shaff ni pon ada kat Mid jugak masa tu. Dia pon tunjuk kat kitorang mana F.O.S tu. Kalau tak tak shopping la kitorang :D
SO mana nya pic aku hang out dengan Shafeeq? Nak tunjuk la ni :D

Gambar ni sebenarnya dengan muka tak malu kitorang selamba je posing. HAHA.

Aku suka gambar ni, Eh shafeeq, ada lagi satu picture kat tangga ni kau tak upload. Aku ingat. Hehe :P Oh yang budak kecik comel molek sebelah shafeeq tu sedare dia :)

Bertiga lebih afdal kot? eh. HAHA :D

So itu lah serba sedikit mengenai hang out aku masa 17 Mac. Wahai Sahabat, " Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat ;) "  Ye itu lagu Aishiteru. Apa kaitan? Walaupun kitorang jauh, persahabatan tetap takkan dilupakan :)

Sunday 11 March 2012

Sesungguhnya aku rindu :)

Haha bertemu lagi kita di topik yang ketiga sekali lagi :D eheh. Maaf. Aku tersangatlah bosan sebab taktahu nak buat apa ni ha -.- Lagipun hari ni kan hari sabtu, aku cuti daripada bekerja! :D Lepastu, mood aku tiba-tiba rasa macam nak penuhkan blog aku ni dengan post-post yang merepek. Hehe :P Agaknya, ada ke yang sudi nak baca blog aku ni? HAHA. Entahlah, lantak la asalkan blog aku takde la berhabuk sangat ketinggalan zaman tak update apa-apa kan :D Berkenaan dengan topik yang aku selit kat situ, aku sendiri taktahu dan aku pun malas nak bagitahu. HAHA sudah! Apa benda aku merepek ni. Straight to the point. Sesungguhnya aku rindu zaman aku sekolah dulu :) Hahh itu lah topik aku hari ni. Aku sememangnya rindu nak jadi budak sekolah semula :) Ok, aku nak cerita satu per satu dari aku form 1 sampai lah form 5 :) Check it out .

Masa tu, tahun 2007, aku masih lagi berumur 12 tahun yang akan menjadi 13 tahun. Hehe :P Maksudnya, tahun 2007, aku dah mula jejak kaki aku dalam sekolah menengah aku yang pertama dan terakhir. SMK Puchong Perdana tu lah. Apa lagi :) First day masuk sekolah tu, aku tak rasa apa-apa pun. yang aku rasa, aku masih lagi budak mentah yang berumur 12 tahun. Haha. Sepatutnya aku sekolah kat Batu 14. Tapi aku mintak tukar sekolah situ sebab dekat dengan rumah sikit. Dekat sikit jela tak banyak pon. Hari pertama, hari suaikenal. Alaa nak berkenalan bagai, dah la aku sehelai sepinggang tak kenal siapa-siapa pun masa tu. Oh ha, masa Tingkatan 1 ni aku kena campak dalam kelas 1 Bestari. Aku pun dengar rasa biasa je terima kelas tu seadanya. Dah la time tu aku sorang-sorang je. Ish takde kawan seh! Tapi, ada la member sekolah rendah teman aku kat 1 Bestari tu, alih-alih dia pulak pindah pegi kelas 1 Amanah. Haih. Sorang-sorang balik! Haha lepastu, bermulalah dapat member baru :) Masa tu jugak, aku dah jumpa Selvia :) Selvia je, yang lain belum lagi. Masa Form 1 ni jugak, aku dah dilantik jadi Pengawas Pusat Sumber. Banyakla jugak aku merasa time form 1 ni. merasa apa? Merasa jugak dapat number 1 dalam kelas. Takde tujuan nak berlagak apa-apa okay. hanya cerita sahaja :) Maaf ye, time aku form 1 , tak banyak sangat cerita yang ada :)

Ok, perenggan kedua pulak :) tahun 2008 dah up sikit, haha dah beralih daripada tingkatan 1 kepada tingkatan 2. Kelas aku still sama 2 Bestari. Time ni, dapat lagi kawan baru :) DINI . Haha siapa lagi lah kan aku nak cerita. Masa Form 2, Aku memang minat sains. Entah kenapa, tapi memang aku minat sains masa form 2 sampai aku bebal math. Lupa, aku Rumah sukan warna Biru and aku ada masuk pertandingan tapi tak menang pon. HAHAH. Tahun ni, aku ada join masuk Choral Speaking dekat mana tah. Aku pun dah lupa. Dah lama benda ni berlalu. Tapi tak menang jugak. HAHA. Sebelum tu punya la semangat buat latihan tiap-tiap hari sebelum pertandingan. Last-last, terima jelah kenyataan kan. Masa Form 2 pon, aku dah pandai pasal bab-bab couple ni, hahaha! Alahh sebenarnya dari Form 1 aku dah minat someone tu. Cinta monyet alam persekolahan :D haha. Tak silap aku, tahun 2008 ni tahun di mana MYSPACE menguasai para pengguna internet :D Aku pun join jelah guna myspace. Add friend bagai apa semua. yang paling best masa form 2, dah pandai nak hang out sana sini sesuka hati. biasalah, time nak mencuba itu ini kan :) Nah tengok picture time form 2. huduhhh gila picture ni tapi, alaa ada jugak picture :P

HAHA abaikan muka aku yang tah hape-hape tu, time skema menguasai diri. yang picture bawah ni pulak, time Mr Kee ganti Cikgu English kitorang. Dia memang awesome lah ajar English! :D

Baik, kita teruskan dengan topik seterusnya :D Masa 2009 pulak, Haa masa ni dah form 3. Still kelas sama, 3 Bestari! Dah up sikit terus sekolah sesi pagi takde dah sesi petang :) Form 3? Korang pun fahamkan tahun tu ada satu exam besar? PMR. Ok bende tu tolak tepi dulu. Kita cerita benda lain kejap. Hehhe. Masa form 3 ni hah, aku rasa tak sedap hati sikit, Aku pun taktahu kenapa. Mungkin sebab form 3 ni kecik dari Form 4 dengan Form 5 tu? Mungkin. Tahun 2009 ni pun dah pandai nak turun KL bersama teman-teman. HAHA. Turun KL tu lepas sekolah weh. Semata-mata nak buat button kat KL. Yelah kat area aku ni takde nak buat barang macam tu. yang bestnya, dengan baju sekolah kitorang pegi KL tau. Orang pun pandang macam apa je kat kitorang. Ah lantak, Kitorang sekolah pagi bukan petang. Ok dah cerita pasal KL. Haha. Aku sendiri taktahu kenapa, masa form 3 ni, markah sains aku jatuh mendadak. takde lah sampai fail. 60 macam tu. lepas tu, math aku naik sikit. Haih sebab apa aku taktahu. Salah belajar kot. haha. Masa trial PMR, Sains aku rendah daripada Math. hishh 3A5B je tak silap trial aku. Alih-alih time PMR , 6A2B. Alhamdulillah. Tapi agak terkilan lah sikit sebab BM aku dapat B. HAHA. dah berlalu pon. takde apa yang boleh sedih lagi dah :) Ni hah gambar masa form 3 :D
Aku rasa korang boleh teka perubahan aku kat dalam gambar ni sedikit :P . Alaa korang akan jumpa jugak :) hehe teruskan Usaha mencari! :D

Move on! Tahun 2010 :) Ni dah lain sikit, sebab aku dah jadi upper form. Alaa Form 4 baru :) Aku dapat kelas Sains Tulen. Kelas aku pun dah berubah sebab ikut keputusan PMR, Aku dapat kelas 4 Amanah. Aku pun agak kekok sikit duduk kelas ni masa awal-awal. tapi lama-lama ok dah. yang tak bestnya, dah terpisah dengan Selvia juga Dini. Selvia duduk kelas sebelah. Boleh terima lah lagi. Yang dini, Dia pegi pindah kat Damansara :( sampai sekarang susah nak jumpa. Aku pun dah jumpa pelajaran yang dah up grade sikit. Apa lagi kalau bukan Biology, Chemistry, Physics and Additional Mathematics. Masa mula-mula belajar, rasa okay je. Tapi lama-lama, aku naik fed up. sebab bukan tak boleh carry on dengan subjek tu semua, cuma rasa susah sikit. sebab dah form 4, takde istilah undur belakang balik. Kena fikir masa depan dah. Bayangkan masa Form 4, dalam setiap exam besar, mesti ada fail satu! hish benda tu memang stress kan aku dulu. tapi dah lepas jugak :D hehe. Maaf ye, gambar masa form 4, tak dapat di upload. gambar yang lain ada lah :)

Picture atas ni, time aku hang out dekat ioi je. Haha, masa ni sebelum exam akhir tahun. Nak dekat exam baru reti nak hang out? HAHA. Biasalah cuti yang ada, janganlah sia-sia kan :P

 Aku yang masih skema. Ok shut up -.-' haha. gambar di atas adalah berkaitan dengan pelajar jepun yang melawat sekolah aku. Haa first time tu orang jepun datang sekolah aku. memang enjoy lah aku jumpa dorang. yang tak bestnya, susah la nak fahamkan apa yang kita cakap dekat mereka semua itu -.-' Aku bersungguh-sungguh bercakap dengan partner jepun aku, tapi dia bagi respon dengan angguk, senyum ketawa. Adoii. lepas habis jumpa budak jepun tu, petang terus exam addmath! memang terbaik sangat lah :D .

Ok! Tahun terakhir aku duduk sekolah adalah tahun 2011! Yeay tahun ni aku dah masuk Form 5 :D . Tahun ni jugak aku dah berhempas pulas berjumpa dengan SPM. SPM? Ok tu cerita belakang dulu ;) . Masa time form 5 ni lain sikit. rasa macam lagi panjang pulak aku nak update ni. Hehe. Ok start! Seperti yang korang dah tahu, aku ni kelas 5 Bestari kan? :) Sepatutnya, aku duduk dalam kelas 5 Amanah, yelah kan, sebab tahun lepas, pengetua buat rombakan kelas sains. Dia dah jadikan kelas Sains Tulen ni setaraf. Aku pon kena campak duduk kelas 5 Bestari tu. hish tak memasal aku rasa bengang kejap. Tapi, aku jumpa lagi sorang kawan, iaitu ALIFAH :D . Haa sama dia lah aku selalu berkepit. Ok tak payah cite pasal dia. Aku dah cerita kan dulu? :P hehe. Masa form 5 ni jugak, aku diberi peluang utk memegang jawatan Ketua Pengawas Pusat Sumber 2011. Aku tak sangka aku dapat jadi. apa-apa pon, aku berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan. Masuk Tingkatan 5, aku dah kena fikir masa depan. Sebelum fikir masa depan, aku kena fikir SPM. Cikgu pun ada cakap awal-awal, SPM tu penting kalau nak sambung belajar. Perasaan aku masa cikgu cakap macam tu, rasa sayu. Sebab cikgu cakap macam tu, time lagi 1 2 hari sebelum nak SPM. Kalau aku boleh patah balik masa ni, aku nak je buat benda baik tahun lepas. Hmm waktu tu dah berlalu. Cikgu aku tahun lepas pon dia sarat mengandung sebelum student dia jawab SPM. Dah kenapa aku cerita SPM je ni? Haha. sebenarnya, terlalu banyak kenangan aku masa Tingkatan 5 ni, sebab tahun ni tahun aku paling suka ! :)

Ini lah picture terakhir sewaktu Form 5 :) . Korang memang dah tau aku yang mana satu. Jangan risau :) hehehe.

Wahai pelajar 5 Bestari, aku sejujurnya rindukan suasana kelas kita yang dulu. Suasana tenang :) Aku rindu time kita belajar dalam kelas dulu :)

Gambar atas ni, kedudukan pelajar 5 bestari. Kalau korang perhati kan gambar ni, kelas 5 bestari dipenuhi dengan baju berwarna apa agaknya? :P

Aku berucap utk apa eh dalam gambar tu? haa. Tu aku berucap utk majlis santapan bersama pustakawan sekolah dan itu akan menjadi titik terakhir aku sebagai ketua pengawas pusat sumber :)

"Sekiranya aku diberi peluang kedua untuk berundur pada masa silam, akan aku laksanakan tugas aku dengan sepenuh hati dengan penuh rasa tanggungjawab. Biarpun menyedari aku hanyalah manusia biasa yang masih memerlukan bantuan, aku tetap akan cuba untuk melakukan yang terbaik!"

Aku rasa cukup sampai sini aku membebel. Macam terlampau panjang pulak aku update kan? Ok that's all. THANKS :)

Saturday 10 March 2012

Wahai Dunia ~

Ohh Assalamualaikum. Rasanya lama tak update dalam Bahasa Melayu kan? Hehhe. Yes, topik kedua hari ni nak update dalam Bahasa Melayu iaitu Bahasa Ibunda sendiri :D Hahha. Sebelum tu, Haiii xD . Korang semua sihat tak? Ah aku sure sangatlah korang sihat kalau tengah melawat blog aku ni ha kan. Ok dah cukup lah aku mengarut kat situ :D . Tajuk topik aku tu "Wahai Dunia" . Sebenarnya aku sendiri pun taktahu kenapa aku letak tajuk yang demikian sebagai tajuk. Eh? Haha rasanya sebab aku dah tak ada idea kot nak letak apa benda yang menarik sebagai topik, so aku pun letak jelah Wahai Dunia tu. Heheh.

Ni hah, nak bagitau sebenarnya aku hari tu ada dapat panggilan interview aka temu duga dekat UPM. Actually bukanlah panggilan sebenarnya, aku dapat surat dalam bentuk kad ada nama dan alamat aku kat situ. Alahh dah macam kad jemputan kahwin aku tengok. Haha :D . Aku sendiri pun tak sangka UPM ni sudi nak panggil aku buat temu duga tu. Entah mana lah agaknya dia cekau alamat rumah aku ni. HAHA. Lepastu, suruh bawak keputusan percubaan SPM aku. Haishh! Pantang betul kalau cerita pasal Percubaan SPM ni. Malu kot nak show keputusan trial aku tuh. tak cantik pon markah -.-' . Oh dengan sukacitanya aku maklum bahawa aku tak pergi pon interview. Sebab apa? Pertama sekali of course la kan aku MALAS nak pegi. lagipun hari temuduga tu dia buat masa parents aku balik Johor Bahru. Harapan jelah aku nak pegi. Oh lupa, course yang termaktub dalam surat tu "Sains Kesihatan Bersekutu" . Apa? Sains? Kesihatan pulak tu? Haaaa aku kalau dah bab sains-sains ni aku memang tak berminat la. Hehe. Dan aku pun biarkan je surat jemputan tu hidup dalam bilik aku -.- Maaf ye pihak UPM ~ Terima kasih kerana sudi menjemput saya. Heheh.


Masa bulan Disember tahun lepas pulak, aku dapat surat tawaran dari MSU. Tau MSU tu apa kan? Management Science University. Aku nak kata happy dapat surat daripada pihak MSU tu taktau lah pulak. Yelahkan, aku ni bukan selalu dapat surat pon so ada lah jugak rasa teruja tu sikit :P Tapi yang first tawaran ni dia jemput nak suruh register untuk pengambilan pelajar baru lah apa lagi kan. Aku pon pegi lah tanya orang, patut ke aku masuk MSU tu? Dorang pun respon cakap tak payah lah pegi, MSU tu pun IPTS kan, kalau IPTA aku dah lama pegi :) Daripada aku dok menghadap tidur kat rumah je hari-hari. HAHA. Dalam surat tu pon ada macam kos dia sediakan, kos yang aku nak pun ada. Tapu sayangnya aku tak dapat pegi lah MSU. Mak bapak aku tak kaya nak hantar anak dia yang sorang ni pi belajo kat Universiti Swasta. Hehe :P . Aku cuma tunggu Keputusan UPU tu je. Macam terlalu awal kan aku dah isi borang UPU tu? Haha lantak la, asalkan aku dah isi jadah tu. Rabu lepas pulak, aku ada dapat surat dari MSU lagi sekali. Kali ni, bukan main BESAR dia bagi surat tu -.- Haha aku pun taktahu lah sebab apa dia hantar lagi sekali. Mungkin sebab ada operator MSU ada call aku sebelum tu, tanya aku macam-macam. Tengah buat apa sekarang, result trial macam mana. Ha soalan lain secara automatiknya aku tak berapa nak ingat :P . Siap kasi surat nak pos balik ke MSU tu tau. Tapi yang course dia tawar kat aku ni, course TESL bahagian Education. TESL? Yes bende tu bahasa inggeris. Aku memang minat, tapi mintak maaf agi sekali ye wahai pihak MSU, Mak Abah saya bukan lah jutawan besar Malaysia nak hantar saya belajar kat Universiti Swasta :) Aku pun dah pernah jejak MSU :) Cantik, gorgeous, hebat macam-macam lagi lah. Kepada siapa yang belajar kat situ, Belajar lah bebaik ye :) korang belajar berduit kan? :)


Aku rasa sampai sini jelah aku boleh merepek ye :) hehe terima kasih kepada kalian yang membaca xD K ciao Assalamualaikum :)

Happy Birthday :)

....Assalamualaikum Bloggers :) 


To shorten my topic, whose birthday is it today? It's March 10th today :) I would probably say it's my late bro's birthday. Roan Haiqal. Happy Birthday Abang Haiqal :) . Al-Fatihah for you. I may not a good brother to you but all I can give is only Fatihah for you. Truth be told, yes I miss you bro. May you Rest In Peace Abang Haiqal! :')
I'm here to recite Fatihah for you everytime you strike my mind, brother. Don't worry Abang Haiqal :) . I'm sorry, I'm not going to tell you a whole lot about him and not going to tell how he died. It's a tragic moment. Whatever it is, Happy Birthday and Rest In Peace Dear Abang Haiqal :') Sincerely from me.

Wednesday 7 March 2012

Probation, Here I come!

..Assalamualaikum :)

Hi >.< Hahha It's allready March 7th 2012 today and since it's March, should I say, hello MARCH ? :D haha. Wawww. How I miss my blog :) How're ya people? Bet you're fine. The wait is over :) Pardon me. I've waited this day and I should have said Alhamdulillah for passing my JPJ test. As you can see the title I've written neatly there, it's probation :) I have highlighted something in my previous topic that I passed the computer test and today would be the last day to be a student of driving school. I fortunately passed my JPJ test and I will be able to drive a car from today onwards. I am currently waiting for Probation Licence. Despite having failure last week, it didn't break my self confidence to make it better and I finally passed it today. I was in misery for a few days back. It's normal to everyone but luckily I have made it. Biggest thanks to Allah :) How I faced today's actions ;

- Woke up early in the morning as usual.
- Went to the office at Puchong.
- Driving teacher brought me to the HQ .
- Waited for my turn.
- Passed with 16/20 .

Briefly, I passed with 16/20 and 16 is lowest passing mark. phewww ~ so no more stupid mistakes especially on the road because I will be driving at my own risk from now on. Whatever it is, SAFETY PRECAUTIONS must not be forgotten :)




That's all :)