Thursday 26 January 2012

I'm just waiting...

" TARIKH KEPUTUSAN SPM 2011 PADA TAHUN INI AKAN DIUMUMKAN PADA SEKITAR 15HB SEHINGGA 25HB MAC 2012. UNTUK PENGETAHUAN CALON, KEPUTUSAN SPM BIASANYA AKAN DIUMUMKAN PADA PERTENGAHAN BULAN MAC " .


Kenapa dan mengapa aku post ayat sedemikian rupa ya? Itu agak menjadi persoalan pada diri aku sendiri dan mungkin agaknya pada calon SPM 2011 yang lain. Apa pulak kaitan ayat tu dengan tajuk blog aku hari ni? Waiting dalam Bahasa Melayu maksudnya menunggu. Menunggu pula adalah salah satu kata kerja. Itulah apa yang aku lakukan sekarang. Menunggu keputusan SPM untuk keluar. Secara jujurnya, aku sendiri taktahu kenapa aku buat post pasal result SPM. Tapi mungkin sebab Hari keramat tu dah semakin hampir kot? Bukan mungkin lagi, MEMANG SEBENARNYA YA keputusan dah hampir keluar. Aku cuma boleh tekankan dua perkara kat sini sama ada "menunggu" atau "buat taktau" . Sebabnya hari keputusan tu lambat-laun akan datang dan pergi jugak. Bagi aku, hari yang dinantikan dah semakin menghantui. Cuba fikirkan sendiri, bulan Januari dah nak menamatkan sesi hidupnya dengan 2012 dan Februari pula bakal datang menyusul. Februari yang selalu kita hidup, tak akan pernah cukup sebulan. Selepas Februari, dah tentunya MAC! Ya tak sampai dua bulan lagi! Keputusan SPM 2011 akan diumumkan tak lama lagi! Baru aku boleh sedar sikit. 


Nota kaki : Apa pun, aku mengharapkan yang terbaik daripadaNya. Amin insyaAllah. Semoga keputusan SPM 2011 lebih gempak! :)

No comments:

Post a Comment