Friday 26 July 2013

Tidak pula ku rasa hebat...

Assalamualaikum duhai pembaca blog ku sekalian :)
Ha rasanya elok tulis dalam bahasa ibunda sendiri kot malam ni. Macam dah berhabuk rasanya tak update dalam bahasa melayu. Ceh macam la English aku power sangat haha. Berkenaan dengan topik aku tu, sebenarnya tak ada kaitan pun dengan apa yang aku nak terbit kat dalam blog ni, cuma tu la jadinya main bubuh je topik apa. OK cukup. "Tidak pula ku rasa hebat.." ayat ni tak lengkap "Tidak pula ku rasa hebat dan tidak pula niatku untuk riak" Apa maksudnya? Baiklah straight to the point, Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana aku diberi peluang untuk menyambung pengajian aku kat UiTM Shah Alam, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Media Kewartawanan. Tak la aku kata nak kata hebat, tak juga aku nak cebis sedikit rasa riak. Tapi jauh di sudut hati, aku tersangat bersyukur sebab apa yang harapkan bakal aku dapat. Sungguh pun aku tak dapat jadi doktor haiwan, tak apa aku percaya bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik perancang teragung dan terhebat! Siapa tahu aku dapat jadi journalist professional ke, pensyarah ke, kan? Tapi yang pasti semua tu perlu ada usaha. Tak ada usaha memang takkan berlaku apa.



Nak cerita sikit pasal course aku dapat ni, "kewartawanan". Agaknya ada kena mengena ke tidak dalam hidup aku? Sebenarnya ada, lepas habis belajar kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang baru aku sedar apa yang aku minat and apa yg aku nak sebenarnya. Kat KMPP pun, aku ada pengalaman jadi Pengacara majlis, catit maklumat pasal media dan aku agak senang dengan tugas aku dapat dulu. So aku decide nak sambung ijazah Pengajian Media dan komunikasi dan akhirnya Allah makbulkan doa aku, Alhamdulillah. Kewartawanan lebih kepada menulis, bukan sekadar mewarta ataupun interview orang untuk dapat maklumat semata-mata, tapi perlukan penulisan dan ayat yang jelas so that orang akan faham mesej sebenarnya. "Proper journalism" is the key. Sejujurnya, aku memang jenis yg suka menulis. Tak kisah lah tulis apa pun, asalkan menulis. Writing is my hobby :) Kewartawanan ni boleh didefinisikan sebagai satu penyelidikan dan laporan sesuatu perkara, isu dan peristiwa kepada orang ramai. Haa macam tu la bunyi nya. haha. Yeap, aku minat kewartawanan tapi tak bermaksud aku nak jadi wartawan sepanjang hidup aku. Dalam diri ni aku dah tekad nak jadi seorang pensyarah, nak mendidik anak muda tak kisah dalam apa jua bidang sekalipun. So rasanya sampai sini je kot coretan. UiTM Shah Alam! Aku akan datang! :)


3 comments:

  1. kau same dgn aku doh. haha. Baru aku tahu apa aku nak sbnrnye dlm hidup ni, walaupun tkde kena mengena dgn science lagi, tp itulah yg terbaik. and aku memang nak jadi penulis pun hehe

    ReplyDelete
  2. hye aqashah ! jenjalan sini sambil follow. mind to hit me back . syazwanibadiozaman.blogspot.com

    btw, selamat menjadi anak angkat datuk sahol dan welcome to the UiTMians club :)

    ReplyDelete