Saturday 10 March 2012

Wahai Dunia ~

Ohh Assalamualaikum. Rasanya lama tak update dalam Bahasa Melayu kan? Hehhe. Yes, topik kedua hari ni nak update dalam Bahasa Melayu iaitu Bahasa Ibunda sendiri :D Hahha. Sebelum tu, Haiii xD . Korang semua sihat tak? Ah aku sure sangatlah korang sihat kalau tengah melawat blog aku ni ha kan. Ok dah cukup lah aku mengarut kat situ :D . Tajuk topik aku tu "Wahai Dunia" . Sebenarnya aku sendiri pun taktahu kenapa aku letak tajuk yang demikian sebagai tajuk. Eh? Haha rasanya sebab aku dah tak ada idea kot nak letak apa benda yang menarik sebagai topik, so aku pun letak jelah Wahai Dunia tu. Heheh.

Ni hah, nak bagitau sebenarnya aku hari tu ada dapat panggilan interview aka temu duga dekat UPM. Actually bukanlah panggilan sebenarnya, aku dapat surat dalam bentuk kad ada nama dan alamat aku kat situ. Alahh dah macam kad jemputan kahwin aku tengok. Haha :D . Aku sendiri pun tak sangka UPM ni sudi nak panggil aku buat temu duga tu. Entah mana lah agaknya dia cekau alamat rumah aku ni. HAHA. Lepastu, suruh bawak keputusan percubaan SPM aku. Haishh! Pantang betul kalau cerita pasal Percubaan SPM ni. Malu kot nak show keputusan trial aku tuh. tak cantik pon markah -.-' . Oh dengan sukacitanya aku maklum bahawa aku tak pergi pon interview. Sebab apa? Pertama sekali of course la kan aku MALAS nak pegi. lagipun hari temuduga tu dia buat masa parents aku balik Johor Bahru. Harapan jelah aku nak pegi. Oh lupa, course yang termaktub dalam surat tu "Sains Kesihatan Bersekutu" . Apa? Sains? Kesihatan pulak tu? Haaaa aku kalau dah bab sains-sains ni aku memang tak berminat la. Hehe. Dan aku pun biarkan je surat jemputan tu hidup dalam bilik aku -.- Maaf ye pihak UPM ~ Terima kasih kerana sudi menjemput saya. Heheh.


Masa bulan Disember tahun lepas pulak, aku dapat surat tawaran dari MSU. Tau MSU tu apa kan? Management Science University. Aku nak kata happy dapat surat daripada pihak MSU tu taktau lah pulak. Yelahkan, aku ni bukan selalu dapat surat pon so ada lah jugak rasa teruja tu sikit :P Tapi yang first tawaran ni dia jemput nak suruh register untuk pengambilan pelajar baru lah apa lagi kan. Aku pon pegi lah tanya orang, patut ke aku masuk MSU tu? Dorang pun respon cakap tak payah lah pegi, MSU tu pun IPTS kan, kalau IPTA aku dah lama pegi :) Daripada aku dok menghadap tidur kat rumah je hari-hari. HAHA. Dalam surat tu pon ada macam kos dia sediakan, kos yang aku nak pun ada. Tapu sayangnya aku tak dapat pegi lah MSU. Mak bapak aku tak kaya nak hantar anak dia yang sorang ni pi belajo kat Universiti Swasta. Hehe :P . Aku cuma tunggu Keputusan UPU tu je. Macam terlalu awal kan aku dah isi borang UPU tu? Haha lantak la, asalkan aku dah isi jadah tu. Rabu lepas pulak, aku ada dapat surat dari MSU lagi sekali. Kali ni, bukan main BESAR dia bagi surat tu -.- Haha aku pun taktahu lah sebab apa dia hantar lagi sekali. Mungkin sebab ada operator MSU ada call aku sebelum tu, tanya aku macam-macam. Tengah buat apa sekarang, result trial macam mana. Ha soalan lain secara automatiknya aku tak berapa nak ingat :P . Siap kasi surat nak pos balik ke MSU tu tau. Tapi yang course dia tawar kat aku ni, course TESL bahagian Education. TESL? Yes bende tu bahasa inggeris. Aku memang minat, tapi mintak maaf agi sekali ye wahai pihak MSU, Mak Abah saya bukan lah jutawan besar Malaysia nak hantar saya belajar kat Universiti Swasta :) Aku pun dah pernah jejak MSU :) Cantik, gorgeous, hebat macam-macam lagi lah. Kepada siapa yang belajar kat situ, Belajar lah bebaik ye :) korang belajar berduit kan? :)


Aku rasa sampai sini jelah aku boleh merepek ye :) hehe terima kasih kepada kalian yang membaca xD K ciao Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment