Sunday 11 March 2012

Sesungguhnya aku rindu :)

Haha bertemu lagi kita di topik yang ketiga sekali lagi :D eheh. Maaf. Aku tersangatlah bosan sebab taktahu nak buat apa ni ha -.- Lagipun hari ni kan hari sabtu, aku cuti daripada bekerja! :D Lepastu, mood aku tiba-tiba rasa macam nak penuhkan blog aku ni dengan post-post yang merepek. Hehe :P Agaknya, ada ke yang sudi nak baca blog aku ni? HAHA. Entahlah, lantak la asalkan blog aku takde la berhabuk sangat ketinggalan zaman tak update apa-apa kan :D Berkenaan dengan topik yang aku selit kat situ, aku sendiri taktahu dan aku pun malas nak bagitahu. HAHA sudah! Apa benda aku merepek ni. Straight to the point. Sesungguhnya aku rindu zaman aku sekolah dulu :) Hahh itu lah topik aku hari ni. Aku sememangnya rindu nak jadi budak sekolah semula :) Ok, aku nak cerita satu per satu dari aku form 1 sampai lah form 5 :) Check it out .

Masa tu, tahun 2007, aku masih lagi berumur 12 tahun yang akan menjadi 13 tahun. Hehe :P Maksudnya, tahun 2007, aku dah mula jejak kaki aku dalam sekolah menengah aku yang pertama dan terakhir. SMK Puchong Perdana tu lah. Apa lagi :) First day masuk sekolah tu, aku tak rasa apa-apa pun. yang aku rasa, aku masih lagi budak mentah yang berumur 12 tahun. Haha. Sepatutnya aku sekolah kat Batu 14. Tapi aku mintak tukar sekolah situ sebab dekat dengan rumah sikit. Dekat sikit jela tak banyak pon. Hari pertama, hari suaikenal. Alaa nak berkenalan bagai, dah la aku sehelai sepinggang tak kenal siapa-siapa pun masa tu. Oh ha, masa Tingkatan 1 ni aku kena campak dalam kelas 1 Bestari. Aku pun dengar rasa biasa je terima kelas tu seadanya. Dah la time tu aku sorang-sorang je. Ish takde kawan seh! Tapi, ada la member sekolah rendah teman aku kat 1 Bestari tu, alih-alih dia pulak pindah pegi kelas 1 Amanah. Haih. Sorang-sorang balik! Haha lepastu, bermulalah dapat member baru :) Masa tu jugak, aku dah jumpa Selvia :) Selvia je, yang lain belum lagi. Masa Form 1 ni jugak, aku dah dilantik jadi Pengawas Pusat Sumber. Banyakla jugak aku merasa time form 1 ni. merasa apa? Merasa jugak dapat number 1 dalam kelas. Takde tujuan nak berlagak apa-apa okay. hanya cerita sahaja :) Maaf ye, time aku form 1 , tak banyak sangat cerita yang ada :)

Ok, perenggan kedua pulak :) tahun 2008 dah up sikit, haha dah beralih daripada tingkatan 1 kepada tingkatan 2. Kelas aku still sama 2 Bestari. Time ni, dapat lagi kawan baru :) DINI . Haha siapa lagi lah kan aku nak cerita. Masa Form 2, Aku memang minat sains. Entah kenapa, tapi memang aku minat sains masa form 2 sampai aku bebal math. Lupa, aku Rumah sukan warna Biru and aku ada masuk pertandingan tapi tak menang pon. HAHAH. Tahun ni, aku ada join masuk Choral Speaking dekat mana tah. Aku pun dah lupa. Dah lama benda ni berlalu. Tapi tak menang jugak. HAHA. Sebelum tu punya la semangat buat latihan tiap-tiap hari sebelum pertandingan. Last-last, terima jelah kenyataan kan. Masa Form 2 pon, aku dah pandai pasal bab-bab couple ni, hahaha! Alahh sebenarnya dari Form 1 aku dah minat someone tu. Cinta monyet alam persekolahan :D haha. Tak silap aku, tahun 2008 ni tahun di mana MYSPACE menguasai para pengguna internet :D Aku pun join jelah guna myspace. Add friend bagai apa semua. yang paling best masa form 2, dah pandai nak hang out sana sini sesuka hati. biasalah, time nak mencuba itu ini kan :) Nah tengok picture time form 2. huduhhh gila picture ni tapi, alaa ada jugak picture :P

HAHA abaikan muka aku yang tah hape-hape tu, time skema menguasai diri. yang picture bawah ni pulak, time Mr Kee ganti Cikgu English kitorang. Dia memang awesome lah ajar English! :D

Baik, kita teruskan dengan topik seterusnya :D Masa 2009 pulak, Haa masa ni dah form 3. Still kelas sama, 3 Bestari! Dah up sikit terus sekolah sesi pagi takde dah sesi petang :) Form 3? Korang pun fahamkan tahun tu ada satu exam besar? PMR. Ok bende tu tolak tepi dulu. Kita cerita benda lain kejap. Hehhe. Masa form 3 ni hah, aku rasa tak sedap hati sikit, Aku pun taktahu kenapa. Mungkin sebab form 3 ni kecik dari Form 4 dengan Form 5 tu? Mungkin. Tahun 2009 ni pun dah pandai nak turun KL bersama teman-teman. HAHA. Turun KL tu lepas sekolah weh. Semata-mata nak buat button kat KL. Yelah kat area aku ni takde nak buat barang macam tu. yang bestnya, dengan baju sekolah kitorang pegi KL tau. Orang pun pandang macam apa je kat kitorang. Ah lantak, Kitorang sekolah pagi bukan petang. Ok dah cerita pasal KL. Haha. Aku sendiri taktahu kenapa, masa form 3 ni, markah sains aku jatuh mendadak. takde lah sampai fail. 60 macam tu. lepas tu, math aku naik sikit. Haih sebab apa aku taktahu. Salah belajar kot. haha. Masa trial PMR, Sains aku rendah daripada Math. hishh 3A5B je tak silap trial aku. Alih-alih time PMR , 6A2B. Alhamdulillah. Tapi agak terkilan lah sikit sebab BM aku dapat B. HAHA. dah berlalu pon. takde apa yang boleh sedih lagi dah :) Ni hah gambar masa form 3 :D
Aku rasa korang boleh teka perubahan aku kat dalam gambar ni sedikit :P . Alaa korang akan jumpa jugak :) hehe teruskan Usaha mencari! :D

Move on! Tahun 2010 :) Ni dah lain sikit, sebab aku dah jadi upper form. Alaa Form 4 baru :) Aku dapat kelas Sains Tulen. Kelas aku pun dah berubah sebab ikut keputusan PMR, Aku dapat kelas 4 Amanah. Aku pun agak kekok sikit duduk kelas ni masa awal-awal. tapi lama-lama ok dah. yang tak bestnya, dah terpisah dengan Selvia juga Dini. Selvia duduk kelas sebelah. Boleh terima lah lagi. Yang dini, Dia pegi pindah kat Damansara :( sampai sekarang susah nak jumpa. Aku pun dah jumpa pelajaran yang dah up grade sikit. Apa lagi kalau bukan Biology, Chemistry, Physics and Additional Mathematics. Masa mula-mula belajar, rasa okay je. Tapi lama-lama, aku naik fed up. sebab bukan tak boleh carry on dengan subjek tu semua, cuma rasa susah sikit. sebab dah form 4, takde istilah undur belakang balik. Kena fikir masa depan dah. Bayangkan masa Form 4, dalam setiap exam besar, mesti ada fail satu! hish benda tu memang stress kan aku dulu. tapi dah lepas jugak :D hehe. Maaf ye, gambar masa form 4, tak dapat di upload. gambar yang lain ada lah :)

Picture atas ni, time aku hang out dekat ioi je. Haha, masa ni sebelum exam akhir tahun. Nak dekat exam baru reti nak hang out? HAHA. Biasalah cuti yang ada, janganlah sia-sia kan :P

 Aku yang masih skema. Ok shut up -.-' haha. gambar di atas adalah berkaitan dengan pelajar jepun yang melawat sekolah aku. Haa first time tu orang jepun datang sekolah aku. memang enjoy lah aku jumpa dorang. yang tak bestnya, susah la nak fahamkan apa yang kita cakap dekat mereka semua itu -.-' Aku bersungguh-sungguh bercakap dengan partner jepun aku, tapi dia bagi respon dengan angguk, senyum ketawa. Adoii. lepas habis jumpa budak jepun tu, petang terus exam addmath! memang terbaik sangat lah :D .

Ok! Tahun terakhir aku duduk sekolah adalah tahun 2011! Yeay tahun ni aku dah masuk Form 5 :D . Tahun ni jugak aku dah berhempas pulas berjumpa dengan SPM. SPM? Ok tu cerita belakang dulu ;) . Masa time form 5 ni lain sikit. rasa macam lagi panjang pulak aku nak update ni. Hehe. Ok start! Seperti yang korang dah tahu, aku ni kelas 5 Bestari kan? :) Sepatutnya, aku duduk dalam kelas 5 Amanah, yelah kan, sebab tahun lepas, pengetua buat rombakan kelas sains. Dia dah jadikan kelas Sains Tulen ni setaraf. Aku pon kena campak duduk kelas 5 Bestari tu. hish tak memasal aku rasa bengang kejap. Tapi, aku jumpa lagi sorang kawan, iaitu ALIFAH :D . Haa sama dia lah aku selalu berkepit. Ok tak payah cite pasal dia. Aku dah cerita kan dulu? :P hehe. Masa form 5 ni jugak, aku diberi peluang utk memegang jawatan Ketua Pengawas Pusat Sumber 2011. Aku tak sangka aku dapat jadi. apa-apa pon, aku berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan. Masuk Tingkatan 5, aku dah kena fikir masa depan. Sebelum fikir masa depan, aku kena fikir SPM. Cikgu pun ada cakap awal-awal, SPM tu penting kalau nak sambung belajar. Perasaan aku masa cikgu cakap macam tu, rasa sayu. Sebab cikgu cakap macam tu, time lagi 1 2 hari sebelum nak SPM. Kalau aku boleh patah balik masa ni, aku nak je buat benda baik tahun lepas. Hmm waktu tu dah berlalu. Cikgu aku tahun lepas pon dia sarat mengandung sebelum student dia jawab SPM. Dah kenapa aku cerita SPM je ni? Haha. sebenarnya, terlalu banyak kenangan aku masa Tingkatan 5 ni, sebab tahun ni tahun aku paling suka ! :)

Ini lah picture terakhir sewaktu Form 5 :) . Korang memang dah tau aku yang mana satu. Jangan risau :) hehehe.

Wahai pelajar 5 Bestari, aku sejujurnya rindukan suasana kelas kita yang dulu. Suasana tenang :) Aku rindu time kita belajar dalam kelas dulu :)

Gambar atas ni, kedudukan pelajar 5 bestari. Kalau korang perhati kan gambar ni, kelas 5 bestari dipenuhi dengan baju berwarna apa agaknya? :P

Aku berucap utk apa eh dalam gambar tu? haa. Tu aku berucap utk majlis santapan bersama pustakawan sekolah dan itu akan menjadi titik terakhir aku sebagai ketua pengawas pusat sumber :)

"Sekiranya aku diberi peluang kedua untuk berundur pada masa silam, akan aku laksanakan tugas aku dengan sepenuh hati dengan penuh rasa tanggungjawab. Biarpun menyedari aku hanyalah manusia biasa yang masih memerlukan bantuan, aku tetap akan cuba untuk melakukan yang terbaik!"

Aku rasa cukup sampai sini aku membebel. Macam terlampau panjang pulak aku update kan? Ok that's all. THANKS :)

1 comment:

  1. zaman skolah mmg paling besh... eh sama lah.. pengawas pusat sumber =)

    ReplyDelete