Monday 20 February 2012

Because they're the best ever :)

Err, Okay first of all, Assalamualaikum and HAI xD . Here I am replacing the previous topic. I have no idea why it turned to be like so messed up. The pictures I've uploaded also lost. I was editing it just now and, "BOOM!" blerghhh. Forget it. Let's just start the topic off BACK AGAIN -.-

Okay, tajuk topik aku yg lepas, agak berbeza dengan yang baru ni kan. Yelah bukan aku ingat pon semua kandungan yang aku tulis hari tu. Cis kau blog! Dengki dengan aku ke? Aihh terkejut aku kau tetiba nak cari pasal dengan aku. Ok dah melangkau jauh dari topik hehe sorry. "They're the best ever" ? Siapa kah gerangan mereka yang aku jadikan istilah topik hari ni? Sebelum tu, kenapa the best? Apa yang best? Best Best and Best. Sebabnya, Best aku kat topik tu refer pada BEST FRIEND! :) Ya Best friend :) Mungkin korang tertanya-tanya dalam sejenak fikiran tu kan. Biarlah aku jawab, sejujurnya aku update topik macam ni sebab aku hargai kawan baik aku semua :) Ha terus pada poin aku lah. Mereka yang saya sayang lagi cintai adalah seperti yg tertera di bawah ini :P

- Nur Dini Binti Mazdi (cik macaroons :P)
- Selvia Uailun Binti Sudarno (cik Sally :P)
- Alifah Amrina Binti Mohd Ihsan (cik apa eh?)
- Mohd Nor Syafiq Bin Abd Rahim (Mat hotttss :P betul dah kan nama kau?)


Dan itu lah dia keempat empat mereka kawan saya sayang lagi cintai. Hahah lebih-lebih pulak. Dorang pun boleh jadi calon girlfriend ke calon isteri ke tapi yg bawah sekali tu tak le :P hahaha. Ahh merepek. Dorang mana boleh jadi calon teman hidup aku pon. Dorang cuma kawan aku yang ter-awesome je! :) Jom sekilas kita tengok pic dorang yang cantik belaka ni :D

- Yang minah sebelah aku tu lah nama dia Dini. Psst, gambar kat dalam tu masa kitorang pegi One Utama yang aku kena bayar duit taxi sampai berapa hengget tah :P haha. Ok. Aku kenal Dini ni sejak sekolah menengah waktu kitorang form 2! Sama kelas sampai Form 3 kan dini kan? :) Memula dia tegur aku, dia cakap "apa?" hahah kelakar lah masa tu sebab dia cakap "apa" dengan ekspresi muka yang tak boleh blah :P . Memula biasalah rapat dulu dengan dia. Tapi kitorang jadi kawan baik terus masa form 4! Masa form 4 jugaklah dia ngada-ngada pegi pindah Damansara lepas tu tinggalkan aku :( haha. Sebabnya mesti la ikut parents kan apa lagi. Apa yang banyak aku tau pasal dia, macam tu jugak lah banyaknya dia tau pasal aku :) Macam-macam aku share dengan dia ni tau! Dia pon macam-macam dah share dengan aku. Tak kisah la benda merepek ke apa ke, semua benda tu aku tak kisah :D hehe. Apa yang membuatkan aku sayang dia cuma satu je, minah tu sedikit sebanyak dah membantu aku lembutkan hati aku yg keras macam batu, sombong dan sebagainya :) Wei kau tau tak aku ni bukan lah pakar motivasi, motibasi yelah haha. Tapi aku akan sentiasa jadi penasihat yang arif untuk kau! :) I love you one bestfriend :)


- Yang ni pulak cewek indonesia yg bernama Selvia! Awak cantik sayang dalam gambar tu saya suka :D hehe. Kitorang kenal sejak kecik lagi tau. 13 tahun. Kecik la tu kan? hehe. Masa tu kitorang sama kelas 1Bestari, 2bestari, 3Bestari. Tapi sedihnya masa form 4 kita berdua tak sama kelas la awak :( haha tapi itu semua tak merubah bestfriendship kita kan? :) Selvia ni boleh jadi kakak aku tau, sebab birthday dia baru lepas aritu, 12/2 sedangkan birthday aku bulan 3 :P . hehe Happy birthday ye sayangku ^^ semoga awak ceria selalu. Maaf aritu tak dapat borak dengan awak. Saya busy gilooo. Selvia ni garang tau, kadang-kadang aku sendiri takut dengan dia :P Nak tau tak? Kitorang kan, pegi ambik lesen kat tempat yang sama. Hari tu kelas KPP dengan dia lah aku berkepit :P Lepas tu, cikgu driving kitorang pon sama! haha kalau boleh nak sama lagi boleh tak? :P Selvia pun tau macam-macam pasal aku :) sebabnya dia pendengar yg baik giloo lepas tu, dia selalu bagi aku nasihat :D Aku penah buat dia nangis masa form 1 dulu. Jahatnya saya pada awak :( haha tapi itu semua masa aku tak matang langsung! apa apa pon, I love you two best friend :D


- Yang ni pulak? Sorry pic agak teruk sikit -.-' . Haha gadis dalam pic tu lah cewek kelate yg bernama Alifah agak petah berbahasa baku jugak ya! :) Ni lah dia Alifah Amrina yg aku selalu berkepit dalam kelas time cikgu takde kat kelas ke, cikgu masuk  lewat ke. Kan alifah kan? :) Oh lupa, kitorang sama kelas waktu form 5. Tapi kitorang dah kenal dulu sebelum tu, cuma takde lah rapat pon. Cerita aku pada dia, semua ada yg pasal happy, sedih, merepek, kecewa, macam-macamlah. Sama seperti mereka berdua yg kat atas tu :P Nak tau something tak? Bapak cik Alifah ni BOSS aku! Boss apa eh? Boss pasar malam yang aku keje tu! Haha setiap hari nak pegi keje mesti aku jumpa dia :) Aku sangat berterima kasih kat kau Alifah sebab kalau tak, jadi macam orang gilooo lah aku rumah tanpa kerja :) lepas tu pulak, rakan sekerja semua nya baik-baik belaka :D Suka sangat dan bersyukur sangat! Macam mana aku boleh jd best friend dengan dia eh? Al-kisahnya macam ni. Heheh. Aku ingat lagi time aku ajak dia pegi rehat sesama. Dia pun ikut jelah tapi tak sangka lepas tu kita boleh jadi best friend terus kan :D . Siapa dia suka, siapa dia minat tu semua aku tau. masalah dia pun aku tau! Tapi aku takkan share lah dekat sini. Rahsia tuuuuu :P . Satu lagi, dia gadis lembut yg memahami aku sepenuhnya :) I love you three bestfriend! :)

Okay sampai poin sini aku rasa lain sikit nak buat, sebab apa tah lain? Sebabnya maybe atas tu semuanya perempuan yg bawah ni lelaki punya poin pulak :D Mehh usha pic hot dia wuu wuu :P



Siapa ahh mamat hot atas ni? Agak-agak korang lah kan, dia ada tak iras-iras mana artis Malaysia? :P hehe . Ok lah terus terang jelah ehh. Ni lah dia bf aku :) bf? Ye dia mmg bf aku :) BF? BEST FRIEND OK tak apa yg lebih di situuuu :) Ha ni lah dia shafeeq atau nama penuh dia, Mohamad Nor Syafiq Bin Abd Rahim (betul kan wei? :P) Dia ni sebaya dengan aku cuma dia lahir bulan 4 ! nak dekat dengan dini tuuu :D Tapi dia tinggal dekat seremban. Jauh eaa la ekau diam yoo shafeeq? :P Aku kenal dia menerusi laman web Muka buku masa form 4 tak silap. benda tu dah lama sangat sampai tarikh aku tak ingat. Memang kawan facebook aku bukan 10 20 orang.  Hm tak perlu kot aku bgtau jumlah kawan kat facebook, tapi dalam banyak-banyak kawan facebook yang aku kenal, dia lah yang paling aku rapat, kamcing and paling baik dengan aku sampai dah jadi best friend pon :D Believe it or not, It's all up to you people :) Apa yang aku tau, mmg aku kamcing gila dengan shafeeq and sekepala dengan dia :P kira macam kembar aku jugak kot. hihi. Dah macam-macam aku share dengan dia, dia pon dah macam-macam jugak dia share dengan aku. Aku pon selesa berkawan dengan dia. Eh shafeeq, kau tau tak aku terima kau seadanya walaupun kau tak sempurna sebab aku pon tak sempurna kat dunia ni :) Ha! Kitorang ada apply course sesama and Universiti sama. Aku panjatkan doa agar kita berdua dapat belajar sesama kat Universiti yg SAMA nanti tau :) Aminnn. Apa-apa pon, aku sayang kau bro :D Harap kita akan contact sampai bila-bila :D amin.

So, itulah serba sedikit tentang kawan-kawan aku yg paling rapat :) Bukan rapat lagi dah! Kawan baik dah pon. Huhu. Aku boleh cerita panjang pasal korang cuma malas la pulak rasanya nak taip panjang-panjang. Ada ke tak yang sudi nak baca nanti :P padahal dah nak habis topik pon. Hehe, Apa pon, aku sayang semua kawan baik aku and tak ada kurang atau lebih antara korang semua! Love y'alls haha. Sekian Wassalam :)

2 comments:

  1. kesian kau eh kena buat balik semula,takpe2.

    ReplyDelete
  2. well done,bro ! Cerita pasal kawan... UNTUNGLAHHHHHH :3 kita malas nak cerita pasal kawan kita.. LOL

    ReplyDelete